Isu dan kontroversi P._Ramasamy

Saman 10 juta terhadap The Star

Pada 13 Februari 2012, P Ramasamy memfailkan saman fitnah berjumlah RM10 juta terhadap wartawan The Star . Saman itu didaftarkan di Mahkamah Tinggi Sivil di sini melalui Tetuan A Sivanesan & Co dan menamakan wartawan, Ian McIntyre dan Star Publications (M) Bhd sebagai defendan. Artikel bertajuk "Distress in DAP continues" pada 23 Disember 2011, dan "What Ramasamy said in the interview with The Star" pada 27 Disember 2011.Makna semulajadinya membawa maksud beliau adalah pemimpin DAP yang mengamalkan rasuah, menyalahgunakan kuasa dan jawatan serta tidak berwibawa. McIntyre mengadakan satu wawancara di pejabatnya di Pulau Pinang dan artikel itu diterbitkan pada 23 Disember. [4]

Anak mengundi di Semenyih

Pada 6 Februari 2013, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengesahkan anak Ramasamy bernama Sri Vaitheki didaftarkan di daerah mengundi Kampung Tanjung, DUN Semenyih dalam Parlimen Hulu Langat oleh penolong pendaftar pemilih sebuah parti politik. Sebenarnya wakil parti politik pun SPR lantik jadi penolong pendaftar pemilih. Sebelum itu P Ramasamy menuduh pendaftaran anak perempuannya sebagai pemilih di Semenyih pada 2011 sebagai satu lagi projek pendaftaran pengundi palsu di bandar.

Ramasamy mula sedar perkara itu ketika pulang ke rumah keluarganya di Kajang dan mendapati ada sepucuk surat bertemakan 'Sayangi Selangor' yang didakwa daripada Perdana Menteri dan dialamatkan kepada Vaitheki, namun anaknya kemudian mengaku tidak pernah mendaftar sebagai pemilih. Sri Vaitheki, 25, yang sambung belajar peringkat PhD di London mendaftar menggunakan Borang A SPR pada 21 Februari 2011 dengan mengemukakan kad pengenalan beralamat di Kg Tanjung, Semenyih.[5]

Tidak gentar 13 Mei berulang

Pada 9 Julai 2014, Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Tan Sri Mohamed Zaman Khan Rahim Khan membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Tun Razak terhadap Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P.Ramasamy atas kenyataannya yang berbaur hasutan. Beliau patut didakwa mengikut Akta Hasutan 1948 kerana mengeluarkan ucapan tidak gentar sekiranya peristiwa 13 Mei 1969 berulang . Ucapan itu sebagai reaksi daripada amaran peringatan daripada Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam Pulau Pinang (Pembela) Mohd Hafiz Nordin turut melihat kenyataan Ramasamy dilihat seolah-olah mencabar undang-undang negara. Beliau membuat laporan polis di laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU).Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Jabatan Peguam Negara sepatutnya lebih tegas.[6]

Rujukan

WikiPedia: P._Ramasamy http://www.fz.com/simplified/index_detail.php?nid=... http://indianmalaysian.com/2011/ramasamy3.html http://undi.info/# http://www.bharian.com.my/articles/Ramasamyfailsam... http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SPRjawa... http://www.mstar.com.my/artikel/?file=/2008/2/14/T... http://www.mstar.com.my/artikel/?file=/2008/3/12/T... http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2014... http://resultpru13.spr.gov.my/module/keputusan/pap... http://semak.spr.gov.my/spr/laporan/5_KedudukanAkh...